PENGENALAN SuRI
SURAU RAUDHATUL IMAN
SuRI adalah singkatan bagi nama Surau Raudhatul Iman.
SuRI membawa satu slogan iaitu..
"Alhamdulillah wa syukurillah..
Bersyukur padamu Ya Allah.." (lirik lagu Alhamdulillah: Opick ft Marsha)
Nama 'RAUDHATUL IMAN' ini dipilih utk menonjolkan fungsi surau sebagai pusat pemupukan dan pemantapan aqidah warga sekolah. Aspek aqidah diberi penekanan kerana ia adalah asas kepada pembentukan mukmin yg bertaqwa. Secara tidak langsung ia akan melahirkan insan yg mengamalkan syariat dan berakhlak mulia.
Kami berusaha melaksanakan pelbagai program untuk murid-murid SMK Seremban 2 berdasarkan akronim yang terdapat pada setiap huruf "RAUDHATUL IMAN".
R ROHANI
A AQIDAH
U UKHUWWAH
D DISIPLIN
H HIKMAH
A AKHLAK
T TEKUN
U UKHRAWI
L LESTARI
I IMARAH
M MUTMAINNAH
A AMANAH
N NAWAITU
Kami berusaha melaksanakan pelbagai program untuk murid-murid SMK Seremban 2 berdasarkan akronim yang terdapat pada setiap huruf "RAUDHATUL IMAN".
R ROHANI
A AQIDAH
U UKHUWWAH
D DISIPLIN
H HIKMAH
A AKHLAK
T TEKUN
U UKHRAWI
L LESTARI
I IMARAH
M MUTMAINNAH
A AMANAH
N NAWAITU
Secara kesimpulannya, segala program SuRI yang dijalankan dapat:
- membentuk rohani dan sahsiah murid ke arah lebih baik,
- memantapkan dan memperbetulkan akidah,
- menjalinkan ukhuwwah di antara warga sekolah,
- melahirkan murid berdisiplin dan taat perintah Allah SWT,
- menyelesaikan sesuatu isu atau masalah dengan cara yang berhikmah,
- menerapkan akhlak mulia yang boleh dicontohi,
- bersungguh-sungguh dan tekun menuntut ilmu fardu ain dan kifayah,
- menyeimbangkan keperluan duniawi dan ukhrawi,
- mengetengahkan aktiviti libur yang sesuai dan mennyeronokkan,
- mengimarahkan surau dengan pelbagai program yang menarik minat murid Islam dan bukan Islam,
- melahirkan insan yang berhati 'mutmainnah',
- mendidik mengenai konsep amanah dan tanggungjawab,
- dan memastikan nawaitu setiap apa yang kita lakukan hanyalah semata-mata kerana Allah SWT.
Diharap SuRI ada di hati setiap warga sekolah SMK Seremban 2 dan beroleh rahmat dan kejayaan daripada Allah SWT.
Segala usaha, doa, sedekah, jasa dan budi warga SuRI SMK Seremban 2 sama ada secara langsung atau tidak langsung, hanya Allah mampu membalasnya dan diganjari pahala dan amal jariah di akhirat kelak. Aamiin...
LOGO SURAU RAUDHATUL IMAN
Comments
Post a Comment