SuRI dihatiku... Surau Raudhatul Iman

  • Surau Raudhatul Iman bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2 terletak di Seremban 2. 
  • Surau Raudhatul Iman dikelilingi oleh taman-taman perumahan seperti Green Street Homes, Central Park, Emerald Park, Vision Homes dan S2 Heights. 
  • Surau Raudhatul Iman Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2 terletak 7 km dari kawasan bandar Seremban. 
  • Surau Raudhatul Iman telah siap dibina pada pertengahan bulan Disember 2002 dan beroperasi sepenuhnya pada 6 Januari 2003. 
  • Surau Raudhatul Iman terletak di kanan bangunan SMK Seremban 2 yang tersergam indah yang diapit oleh dua buah sekolah rendah, iaitu Sek Keb Seremban 2A dan Sek Keb Seremban 2B. 
  • Keluasan sekolah ini ialah 7 ekar (2.833 Hektar) manakala keluasan surau ini ialah....
  • Sekolah ini mula beroperasi dengan menerima seramai 424 pelajar, 29 orang guru dan 6 orang kakitangan sokongan sebagai warga pertama.Datin Hjh Maznah Binti Yusof merupakan Pengetua pertama sekolah ini dengan dibantu oleh En. Jamil Bin Mohd Tahir sebagai Guru Penolong Kanan Akademik yang kemudiannya telah diganti oleh Pn. Hjh Sadariah Binti Md Jali pada bulan Julai 2003, En. Mad Pazir Bin Mad Ahair selaku Guru Penolong Kanan HEM dan En. Abdul Wahid Bin Abd. Ghani sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
  • Kini, Pengetua disandang oleh Tn Hj Norazam bin Nayan (Pengetua Cemerlang SMK Seremban 2)
  • Pengetua Cemerlang SMK Seremban 2 berusaha membangunkan sahsiah murid dengan melaksanakan slogan Anak yang BAik lagi Cerdik (ABC). Maka, bermulalah program Pengimarahan Surau Raudhatul Iman dengan memperbaiki kemudahan asas di surau, mencantikkan kawasan dalam dan luar surau, memperbanyakkan dan mempelbagaikan aktiviti-aktiviti anjuran Surau Raudhatul Iman.
                                        KEDUDUKAN SURAU RAUDHATUL IMAN



ALAMAT SEKOLAH:

Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2
Persiaran S2/A4, Seremban 2
70300, Seremban
Negeri Sembilan, Malaysia

No Telefon Sekolah  = 6066013644
No Fax Sekolah        = 6066011491

GOOGLE STREET VIEW SuRI:


https://goo.gl/maps/2riJF4ZXHXNHoZ7v6

Comments

Popular posts from this blog

PENCARIAN KHATIB MUDA